Tuesday, April 12, 2011

FEED BACK

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Selama ni saya bercerita guna bahasa Inggeris.. hmm.. so..ada gak org complaint, gunalah bahasa Melayu.. Bahasa Kebangsaan kita.. Orang Malaysia mesti boleh berbahasa Melayu..

Oklah... bukan nak cakap apa.. kekadang ramai yg lebih fasih berbahasa Inggaeris daripada berbahasa Melayu..

Ni nak cerita sikit, banyak saya dapat feedback dari pembeli di mudah.my (sebab byk terjual di sana) yang harga saya ni mahal sangat. Ada kat luar tu boleh dapat RM18 sepasang, malah ada kata RM13 sepasang.

Hmmm... susah nak cakap la kan. Saya bukan amik untung lebih. Saya pun fight dengan harga orang lain.

Tapi lepas saya cek dengan beberapa orang yang pernah beli kat luar dengan harga murah.... barulah saya tau .. macam post saya sebelum ini, sarung lengan ni ada 2 jenis. Yang murah tu memang yang dibuat dari 100% Nylon..

Terus terang la saya katakan, selepas 2 bulan korang pakai mesti kain dia dah kendur.. pas tu plak kalau tersangkut sikit, koyak dia boleh meretas sampai sepanjang yg dia mampu. Bukan itu sahaja, bagi yg lengan besar tu, gerenti tak bleh pakai...

Banyak kali saya nyatakan, kain sarung lengan saya ni berbeza.. kainya agak kasar tapi tak mudah koyak.. meregang dengan baik & tak mudah kendur.. dan saya beli dengan harga yang agak mahal..

Kalau saya jual sarung lengan yang 100% Nylon tu.. saya boleh jual serendah RM10 sepasang. Tapi nak buat apa saya jual barang yang tak ada kualiti. Kalau saya nak untung lebih, mungkin saya boleh jual yg 100% Nylon tu..ye;ah, tak sampai sebulan dah koyak..tentu org akan cari & beli kat saya balik..Tul? Tapi nama saya akan jadi busuk..org akan kata, saya jual barang yang tak ada kualiti..

Kepada kengkawan yang nak beli tapi takut2, bacalah post saya sebelum ini untuk mendapatkan perbandingan..

So.. duit anda.. barang saya... kita semua ada kuasa sebagai pembeli & pengguna.. Kita perlu bijak membuat pilihan.. terserahlah kepada diri masing2. Tepuk Dada, Tanya Selera...

No comments:

Post a Comment